Apa itu PCOS Adrenal? – CS Leaflabs

Apa itu PCOS Adrenal?

Apa itu PCOS Adrenal?

Tahap hormon stress yang tinggi merupakan jenis PCOS kedua paling biasa di kalangan wanita. 


Insulin yang berlebihan menyebabkan ovari anda menghasilkan lebih banyak testosteron.


Masalah dalam PCOS adrenal bukan dengan ovari anda, tetapi dengan kelenjar adrenal anda. 


Tekanan atau stress  yang menyebabkan otak anda merembeskan hormon Adrenokortikotropik(ACTH). 


Ia berfungsi Untuk membantu badan  bertindak balas terhadap tekanan atau situasi yang bahaya.


 ACTH menyebabkan kelenjar adrenal anda merembeskan kortisol, adrenalin, dan hormon lain yang dipanggil Dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS). 


Apabila tekanan berterusan untuk jangka masa yang panjang, paras kortisol dan DHEAS meningkat, dan mengakibatkan PCOS Adrenal.


DHEAS, seperti testosteron, tergolong dalam keluarga androgen dan menyebabkan gejala seperti jerawat, keguguran rambut dan pertumbuhan rambut kasar.


Menurut penyelidikan, sekurang-kurangnya 20-30% wanita dengan PCOS mempunyai lebihan androgen adrenal. 


CS Leaflabs telah membuat survey kecil untuk wanita di Malaysia, yang melibatkan  seramai 335 wanita, 15.2% wanita mempunyai masalah PCOS Adrenal.

WhatsApp Image 2022-09-25 at 1.48.07 PM

Untuk mengetahuI lebih lanjut jika anda mempunyai Jenis PCOS Adrenal atau tidak sila ambil Quiz Jenis PCOS



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping