Apabila melibatkan diet dan rintangan insulin, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan situasi ini.
Teknik pertama yang anda boleh cuba adalah “Carbohydrate Timing”!
Masa terbaik untuk mengambil karbohidrat dan satu-satunya masa yang benar-benar diperlukan oleh badan anda ialah sebelum, semasa dan selepas senaman.
Karbohidrat hanyalah sumber tenaga utama badan kita, jadi apabila anda tidak bersenam, ia tidak semestinya diperlukan, terutamanya dalam jumlah yang lebih tinggi.
Jadi mengambil karbohidrat semasa waktu senaman akan mengekalkan kepekaan insulin yang tinggi kerana ia akan segera digunakan.
Seperti kitaran karbohidrat, anda memerlukan jumlah karbohidrat yang rendah pada hari anda berehat
Dengan pendekatan ini diet anda akan terdiri daripada banyak protein dan lemak dengan karbohidrat di waktu senaman anda. Karbohidrat boleh diambil lebih tinggi daripada biasa kerana badan anda akan memerlukannya dan menggunakannya dengan lebih baik.
Teknik kedua adalah “Glucose Disposal Agents”
Satu lagi cara terbaik untuk memastikan insulin anda terkawal supaya anda adalah dengan melihat suplemen Glucose Disposal Agents(GDA).
Supplement ini akan membantu menghantar karbohidrat kepada otot dengan lebih efisien dan meningkatkan insulin sensitivity.
Di Malaysia, anda boleh gunakan Ayur Lin Capsule
Teknik ketiga adalah “Training”
Perkara terakhir yang boleh membantu masalah rintangan insulin, adalah bagaimana cara anda training. Sebenarnya agak mudah,, anda hanya perlu TRAIN HARD!
Lebih banyak jumlah senaman, bermakna lebih banyak glycogen yang akan dibuang daripada badan
Jumlah senamaman di kelaskan dengan berapa repetition dan jumlah weight yang anda angkat. Ini bermakna anda perlu mengangkat beban yang lebih berat dan jumlah repetition yang banyak.
Jika nak atasi masalah rintangan insulin, anda tidak boleh pergi ke gym dan melakukan satu atau dua weight lifting exercise seperti fly ke apa, lepas itu anda rasa ok cukup… TIDAK….
“Compound movements” merupakan asas kepada plan training anda!. Cuba lakukan 6-12 rep untuk beberapa set. Gaya senaman ini akan membuatkan badan anda kehausan daripada glycogen
Apabila badan kehilangan glycogen, ia akan memberikan tubuh badan lebih banyak ruang untuk pengambilan karbohidrat.
Jadi jika anda tidak berkerja keras semasa sesi latihan, karbohidrat yang anda makan tidak akan digunakan dan akan disimpan sebagai lemak.
Kaki, dada dan back akan memerlukan jumlah paling banyak karbohidrat manakala shoulder dan lengan yang tidak perlukan sebanyak itu.
Dengan memadankan diet dengan latihan , dan ditambang dengan supplement GDA seperti Ayur Lin Capsule, anda akan dapat ambil kalori dengan lebih banyak semasa offseason tanpa risiko pengumpulan lemak yang banyak!