Apakah khasiat Mangifera indica
Menurut perubatan Ayurveda, buku herba dan jurnal pokok mangga mempunyai pelbagai ciri sifat perubatan di setiap bahagian pokok. Mangga mempunyai ciri antioksida, anti-viral, anti-radang dan ianya juga membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.
Khasiat tumbuhan ini telah di buktikan dengan kajian saintifik
Apa itu Mangifera indica
Mangifera indica (MI), juga dikenali sebagai mangga, aam, telah menjadi herba penting dalam sistem perubatan Ayurveda dan natural selama lebih 4000 tahun. Mangga tergolong dalam genus Mangifera yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies pokok tropika yang berbuah dalam keluarga tumbuhan berbunga Anacardiaceae. Menurut ayurveda, pelbagai sifat perubatan dikaitkan dengan bahagian yang berlainan pada pokok mangga.
Ciri-ciri Mangifera indica
KOMPOSISI KIMIA
Alkaloids,Flavonoids ,Saponins , Tannins Phenol , Water Soluble Vitamins Comprising Ascorbic Acid, Riboflavin,Niacin And Thiamine ,Sources Of Minerals Such As Ca, Mg, K, Zn, Cu And Cd
AKTIVITI FARMAKOLOGI
Antioksidan
Anti radang
Imunomodulator
Anti-virus
Antidiabetik
KAWASAN
West Africa, India
RUJUKAN
1. K. A. Shah, M. B. Patel, R. J. Patel, P. K. Parmar Mangifera Indica (Mango) Pharmacogn Rev. 2010 Jan-Jun; 4(7): 42–48
2. Donatus Ebere Okwu∗ And Vitus Ezenagu,Evaluation Of The Phytochemical Composition Of Mango (Mangifera Indica Linn) Stem Bark And Leaves,Int. J. Chem. Sci.: 6(2), 2008, 705-716
3. Shah KA, Patel MB, Patel RJ, Parmar PK. Mangifera indica (mango). Pharmacogn Rev. 2010;4(7):42-48. doi:10.4103/0973-7847.65325