Metformin & Berat Badan – CS Leaflabs

Metformin & Berat Badan

Metformin & Berat Badan

BOLEHKAH METFORMIN BANTU TURUNKAN BERAT BADAN?


Bagi pesakit yang menghidap diabetes atau pradiabetes, doktor atau pakar perubatan akan menyarankan metformin untuk membantu mengatasi masalah tersebut. Metformin membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal paras gula darah mereka. Saya pasti anda pernah dengar bahawa metformin juga boleh membantu dalam penurunan berat badan. Adakah ia benar, ataupun tidak?


Terdapat beberapa perkara yang perlu diketahui tentang keupayaan metformin untuk membantu menurunkan berat badan dan mengapa pakar perubatan mengesyorkannya. Menurut Food and Drug Administration (FDA) tidak mengisytiharkan metformin sebagai ubat untuk menurunkan berat badan. 


Adakah metformin menyebabkan penurunan berat badan?

Individu yang menggunakan metformin untuk tujuan lain, bagaimanapun, boleh mengalami penurunan berat badan sebagai kesan sampingan. Metformin tidak menyumbang kepada penambahan berat badan, berbeza dengan ubat diabetes yang lain.


Kurang Selera Makan

Menurut satu teori, metformin boleh menyebabkan seseorang kurang selera makan. Namun, bagaimana metformin boleh mengubah rasa lapar tidak dijelaskan. Bakteria usus mungkin terjejas kesan penggunaan metformin, yang juga boleh menyebabkan penghasilan hormon yang mengurangkan rasa lapar dan memberi kesan pada kawasan otak yang mengawal selera makan. Cirit-birit, kembung perut, dan loya adalah kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah pengguna metformin. Jumlah makanan yang ingin dimakan mungkin berkurangan akibat daripada kesan tersebut.


Pengurangan Berat Badan Jangka Masa Panjang

Satu kajian jangka panjang terhadap penurunan berat badan pesakit diabetes telah dijalankan selama 15 tahun. Penyelidik mendapati bahawa mereka yang menggunakan metformin mempunyai kejayaan yang lebih baik dengan mengekalkan penurunan berat badan pada tahun 6 hingga 15 pada mereka yang menurunkan lebih daripada 5% berat badan pada tahun pertama.

Ubat mungkin tidak menyebabkan penurunan berat badan, jika amalan sihat yang lain tidak diamalkan. Penurunan berat badan terbesar berlaku pada orang yang mengambil metformin sambil mengekalkan diet yang sihat dan kerap bersenam.

Tambahan pula, apa-apa penurunan berat badan yang dialami mungkin hanya kekal selagi terus mengambil ubat. Ini menunjukkan terdapat kebarangkalian besar akan mendapat semula berat asal jika berhenti mengambil metformin. Dan walaupun semasa mengambil ubat, ia boleh menaikkan semula berat badan yang telah hilang secara beransur-ansur.


Adakah doktor akan mengesyorkan metformin untuk penurunan berat badan?

Doktor mungkin memberikan metformin jika anda menghidap diabetes jenis 2, pradiabetes, obesiti atau berat badan berlebihan untuk membantu mengawal diabetes atau meminimumkan risiko menghidapnya. Malah, walaupun anda tidak menghidap diabetes atau pradiabetes, doktor mungkin masih mengesyorkan metformin untuk penurunan berat badan. Ini adalah penggunaan yang tidak dibenarkan (off-label).

Off label merujuk kepada penggunaan ubat, dalam kes ini sebagai bantuan pengurangan berat badan, yang mana FDA tidak memberikan kelulusan. Oleh itu, keberkesanannya untuk tujuan ini kurang diketahui.


Apakah dose untuk turunkan berat badan?

Metformin merupakan ubat kencing manis. Bagi tujuan penurunan berat tidak ada garis panduan dos yang ditetapkan. Jika doktor memutuskan untuk memberikan metformin untuk di luar label, mereka akan memilih dos yang sesuai berdasarkan keadaan kesihatan individu tersebut. Kemungkinan doktor akan mula memberi metformin pada dos yang rendah dan secara beransur-ansur meningkatkannya dalam tempoh beberapa minggu. Ia juga dapat membantu mengurangkan sebarang kesan negatif.

Metformin telah digunakan di luar label untuk merawat penurunan berat badan yang disebabkan oleh ubat antipsikotik. Julat dos untuk metformin pelepasan segera adalah antara 750 mg dan 2,000 mg. Dos untuk pelepasan lanjutan mungkin daripada 500 mg hingga 2,000 mg.


Apakah cara lain yang boleh menyebabkan penurunan berat badan?

Jika seseorang menggunakan metformin dan terdapat penurunan badan, boleh jadi ia kesan dari metformin atau juga terdapat faktor lain yang mendorong. 


Masalah usus

Penurunan berat badan juga mungkin disebabkan oleh masalah sistem penghadaman. 

Masalah ini terdiri daripada:

  • Cirit-birit

  • Sindrom usus rosak (IBS)

  • Jangkitan pada perut atau usus

  • Pembedahan pada perut atau usus 

Isu kesihatan lain:

Kehilangan selera makan yang disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan juga boleh terjadi serta mengakibatkan penurunan berat badan. Keadaan ini termasuk:

  • Kemurungan

  • Tekanan

  • Kebimbangan

  • Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD)

  • Barah

  • AIDS

  • Parkinson

Ubatan

Ubat-ubatan lain juga boleh mendorong kepada penurunan berat badan. Sebagai contoh, ubat kemoterapi boleh menyebabkan kekurangan selera makan.

Ia mungkin menurunkan berat badan jika menggunakan ubat tiroid tertentu kerana ia meningkatkan metabolisme. Pertambahan berat badan adalah salah satu tanda tiroid yang kurang aktif. Apabila hormon distabilkan, penurunan berat badan mungkin berlaku. adalah antara ubat ini.adalah antara ubat ini. Ubat ini antaranya levothyroxine, liothyronine, dan liotrix.


Sesetengah ubat untuk gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, seperti amphetamine/dextroamphetamine (Adderall) dan methylphenidate (Concerta) boleh juga menyebabkan penurunan berat badan sebagai kesan sampingan.


Apakah yang patut dilakukannya jika bimbang dengan penurunan berat badan?

Ingat bahawa metformin adalah ubat yang sangat bebas risiko dengan kesan sampingan. Jika berat badan menurun semasa mengambil ubat ini, ia harus dimulakan dengan dos yang rendah secara beransur dan tidak menimbulkan sebarang kesan sampingan.

Dapatkan nasihat doktor jika bimbang tentang berat badan yang telah hilang semasa mengambil metformin. Doktor dapat membantu dalam mengenal pasti sebab di sebalik pengurangan berat badan. Sama ada mengambil atau tidak mengambil metformin, jika terdapat penurunan berat badan dengan cepat dan kekurangan tenaga serta kelaparan segera dapatkan nasihat doktor. 


Konsultasi Bersama Doktor

Perjalanan untuk menurunkan berat badan adalah berbeza untuk setiap orang. Namun, diet seimbang dan senaman tetap adalah strategi penurunan berat badan yang disyorkan oleh doktor. Baca tentang makanan yang bagus untuk diabetes dan nasihat senaman untuk pesakit kencing manis sebagai  maklumat tambahan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang metformin dan penurunan berat badan, dapatkan nasihat doktor. Mereka boleh menjawab pertanyaan dan membantu anda mencari strategi penurunan berat badan yang sesuai. Anda mungkin ingin bertanya tentang:

  • Apakah cadangan pelan diet dan senaman untuk membantu dalam penurunan berat badan saya?

  • Adakah saya memerlukan ubat untuk membantu dalam penurunan berat badan?

  • Apakah objektif penurunan berat badan yang praktikal untuk saya?

  • Perlukah saya mendapatkan bantuan pakar pemakanan untuk memperbaiki diet?

  • Bolehkah saya berhenti mengambil ubat jika saya menurunkan berat badan?



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping