Inovasi Kesihatan Reproduktif Bersama CS Leaflabs, Kolaborasi dengan Universiti Putra Malaysia di Bawah Bimbingan MRANTI

Inovasi Kesihatan Reproduktif Bersama CS Leaflabs, Kolaborasi dengan Universiti Putra Malaysia di Bawah Bimbingan MRANTI

Inovasi Kesihatan Reproduktif Bersama CS Leaflabs, Kolaborasi dengan Universiti Putra Malaysia di Bawah Bimbingan MRANTI

Pada Disember 2023, CS Leaflabs telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kerjasama ini bertujuan untuk memimpin pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kesihatan Reproduktif Artificial Intelligence(AI) Fertilemate dan menjalankan kajian klinikal manusia di  Hospital Sultan Abdul Aziz Shah diterajui oleh Jabatan Obs & Gyn pada fasa kedua untuk produk Feminira, yang dihasilkan khusus untuk Penyakit Ovarian Polikistik (PCOS).

Kerjasama ini memanfaatkan sinergi antara penyelidikan akademik dan aplikasi industri dimana kami merancang untuk memohon Technology Development Fund 2 (TeD 2) di bawah Kementerian Sains,Teknologi & Inovasi (MOSTI).

59c68e2609a9d5f45d167265c2988c64

CS Leaflabs merupakan syarikat inovatif yang telah menjalankan R&D bagi tiga produk makanan tambahan untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kesuburan iaitu Feminira, Ayur Alpha dan Ayur Lin Capsule. Untuk meningkatkan kadar kejayaaan bagi para pelanggan, pihak CS Leaflabs telah menghasilkan  Aplikasi Mudah Alih AI Fertilemate yang boleh dimuat turun oleh pengguna pada Januari 2024.

Aplikasi mudah alih Fertilemate menawarkan Penilaian Kesihatan untuk Kesihatan Reproduktif, Optimisasi Gaya Hidup bagi pengurusan stress, pengurusan tidur dan gaya senaman,  Perkhidmatan Telekesihatan, Pelan Rawatan Pemakanan Peribadi,Kandungan Pendidikan Kesuburan Tanpa Had dan Sokongan Komuniti.

Radilab Diagnostic Sdn Bhd adalah Laboratori Diagnostik Perubatan di mana mereka akan menyediakan ujian darah berasaskan hormon kepada pengguna kami di Lembah Klang melalui aplikasi mudah alih Fertilemate dan akses kepada lebih daripada 80 klinik pelanggan sedia ada mereka.

Dietmonsta Sdn Bhd, menyediakan pelan pemakanan sihat di aplikasi mudah alih Fertilemate, di mana pengguna Semenanjung Malaysia boleh membuat pesanan dari pelbagai menu menarik Dietmonsta. Ini merupakan salah satu pendekatan untuk membantu pengguna mengekalkan  tahap kesihatan yang baik melalui tabiat pemakanan.

Kami juga masih mencari rakan kolaborasi seumpama ini di seluruh Malaysia untuk bekerjasama  membawa lebih banyak nilai dan manfaat di dalam aplikasi kami.

CS Leaflabs juga sedang membuka peluang kepada pelabur  yang komited untuk memberi impak positif kepada kehidupan pengguna dengan menangani cabaran kesihatan reproduktif dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan. Aplikasi mudah alih Fertilemate menawarkan pelbagai aliran pendapatan, termasuk perkhidmatan telekesihatan, pelan rawatan pemakanan peribadi, dan pelan pemakanan  yang sihat. Pelabur dapat memanfaatkan potensi pertumbuhan dari aliran pendapatan ini, sementara syarikat memposisikan dirinya sebagai platform komprehensif untuk kesihatan reproduktif dan kesejahteraan.

Selain itu, CS Leaflabs ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Global Accelerator Programme (GAP) yang telah dianjurkan oleh  Malaysia Research Acceleator Technology & Innovation (MRANTI) yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan syarikat kami terutamanya dalam peningkatan aliran pendapatan, strategi perniagaan dan peluang berhubung dengan lebih banyak rakan kolaborasi.

Sumber Artikel: MalaysiaKini



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping