Benarkah Lelaki pun alami “Menopause"? – CS Leaflabs

Benarkah Lelaki pun alami “Menopause"?

Benarkah Lelaki pun alami “Menopause"?

Jangan terkejut ya, seperti wanita, kaum lelaki juga akan berdepan masalah menopause!

Sesetengah kaum lelaki mengalami simptom seperti kemurungan, kehilangan nafsu seks, mati pucuk dan simptom fizikal serta emosi yang lain apabila mereka mencapai usia 40-an hingga awal 50-an.

Simptom lain yang biasa berlaku pada lelaki dalam usia ini ialah:

  • Perubahan mood dan cepat marah
  • Kehilangan jisim otot dan kurang kemampuan untuk bersenam
  • Peningkatan lemak, seperti perut boroi atau buah dada lelaki 
  • Kurang keghairahan atau tenaga
  • Kesukaran tidur (insomnia) atau cepat penat
  • Sukar menumpukan perhatian dan cepat terlupa

Jadi adakah ini merupakan simptop Menopause untuk lelaki???

Walaupun paras testosteron menurun dalam lelaki berusia, penurunan tersebut stabil iaitu kurang daripada 2% setahun sekitar usia 30-40 dan ini tidak mungkin menyebabkan masalah yang ketara.

Sebaliknya, simptom-simptom yang berlaku kebiasaannya berpunca daripada faktor gaya hidup atau masalah psikologi.

Tidak dinafikan, terdapat lelaki yang mengalami masalah menopause atau dalam istilah yang sebenarnya, andropaus.

Berbeza daripada menopaus wanita, tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme.

Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi.

Tapi jangan risau masih ada jalan penyelesaian untuk masalah anda. Anda boleh pertimbangkan untuk mengamalkan supplement seperti Ayur Alpha Capsule untuk mengatasi simptop-simptop yang telah disenaraikan dan meningkatkan natural testosteron.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping